Blue Screen

Credit to: M4gm4c0d3 RileksCrew

Klik gambar untuk besarkan

Ni serba sedikit info pasal Blue Screen yang nenek dapat. Kalau ada masta yang baca, mana-mana yang salah tu tolong betulkan ye. Nenek share je ni.

1. IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL (0X0000000A)
Error ini yang paling selalu muncul di saat terjadinya Blue Screen.
Mesej error ini biasanya disebabkan kerana ada ketidaksamaan driver yang diinstall di komputer.
Penyebabnya:
- Driver yang digunakan tidak tepat
- Masalah pada Video Card, komponen Video Card yang dioverclock melebihi had atau cucu baru ganti Video Card tetapi cucu belum uninstall driver Video Card lama dari chipset berbeza
- Masalah pada Audio Card, meliputi kesalahan konfigurasi atau bug dalam driver Sound Card

2. NTFS_FILE_SYSTEM atau FAT_FILE_SYSTEM (0X00000024), (0X00000023)
Mesej error ini setidaknya sudah sedikit memberikan gambaran di mana kerosakan berada iaitu ada di partition atau file system tetapi bukan di HardDisknya.
Kita melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kabel SATA atau PATA atau boleh memeriksa partition dengan tool chkdsk.

3. UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP (0X0000007F)
Cucu dapat mesej error seperti ini disebabkan oleh:
- Overclock Hardware yang berlebihan
- Komponen komputer yang terlalu panas
- BIOS yang corrupted
- Memory dan CPU yang rosak

4. DATA_BUS_ERROR
Mesej error ini disebabkan karena adanya kemungkinan bahawa memory atau slot memory di motherboard rosak.

5. PAGE_FAULT_IN_NONPAGED_AREA
Mesej error ini disebabkan karana adanya kerosakan hardware, termasuk memory utama, memory video card, atau memory di processor (L2 Cache)

6. INACCESSIBLE_BOOT_DEVICE
Mesej error ini disebabkan kerana konfigurasi jumper HardDisk yang salah, virus boot sector, driver IDE controller yang salah, atau kesalahan Driver Chipset.

7. VIDEO_DRIVER_INIT_FAILURE
Mesej error ini disebabkan kerana adanya kesalahan terjadi pada installation driver Video Card yang kurang sempurna, restart semasa menjalankan installation atau juga terjadi kerana kesalahan dalam installation driver.

8. BAD_POOL_CALLER
Mesej error ini disebabkan kerana adanya driver yang tidak compatible. Sering terjadi semasa melakukan installation Windows dari upgrade atau bukan dari installation baru.

9. PEN_LIST_CORRUPT
Mesej error ini disebabkan oleh kerosakan RAM.

10. MACHINE_CHECK_EXCEPTION
Mesej error ini disebabkan oleh kerosakan CPU atau yang dioverclock secara agresif, serta Power Supply yang kekurangan daya atau rosak.

Dengan mengetahui makna Blue Screen akan membantu kita dalam menganalisa masalah yang terjadi pada komputer kita, baik software mahupun hardware. Selain daripada melihat Blue Screen kita juga boleh mengetahui kesalahan pada hardware kita dengan mendengar Beep Code pada saat komputer boot.

Leave a Reply