![]() |
Klik gambar untuk besarkan |
1. Split
Digunakan untuk menceraikan file. Sebagai contoh, file sibutait.mkv bersaiz 699Mb. Apabila cucu menggunakan fungsi ni, file tersebut akan dipecahkan kepada beberapa file seperti sibutait.mkv.001 (200Mb), sibutait.mkv.002 (200Mb), sibutait.mkv.003 (200Mb), dan sibutait.mkv.004 (199Mb). File yang dipecahkan dapat memudahkan pengguna internet yang kerap putus tetapi ingin mendownload file yang bersaiz besar seperti movie.
2. Join
Digunakan untuk menggabungkan file. Seperti contoh menggunakan Split, file-file seperti sibutait.mkv.001 (200Mb), sibutait.mkv.002 (200Mb), sibutait.mkv.003 (200Mb), dan sibutait.mkv.004 (199Mb) akan digabungkan menjadi satu file iaitu sibutait.mkv (699Mb). Untuk Input File, pilih file berformat .001. Pastikan kesemua file yang berkaitan berada di folder yang sama.
3. Compare
Digunakan untuk membandingkan file. Sekiranya cucu terdownload dua file yang seakan-akan sama, gunakan fungsi ni untuk bandingkan!
4. Checksum
Digunakan untuk memeriksa sama ada file yang telah digabungkan telah diterima dengan sempurna atau tidak. Bagaimana untuk menggunakannya? Contohnya Abu ingin memberi file sibutait.mkv (699Mb) kepada Ali. Sebelum menceraikan file tersebut, Abu telah menggunakan fungsi Checksum dan code yang digenerate ialah G35678hdb7Y. Setelah Ali menerima file tersebut, dia menggabungkan file tersebut menggunakan fungsi Join. Selepas itu, Ali ingin memeriksa sama ada dia telah menerima file yang lengkap. Jadi dia akan menggunakan fungsi Checksum. Jika code yang digenerate ialah G35678hdb7Y, maka Ali telah menerima file yang sama atau lengkap. Jika code yang digenerate bukan G35678hdb7Y, maka Ali telah menerima file yang tidak sama atau tidak lengkap.
Lepas ni untuk movie terutamanya, nenek akan bagi macam-macam folder yang kena join dulu sebelum tengok. So kalau cucu dah ada, takyah nak download benda ni pn takpe. Kalau nak download, klik je tajuk post ni.