Penunggu Istana [DVDRip]

Klik gambar untuk besarkan
Sinopsis
Credit to: Yul Aje
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu The Seekers Team yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Febuari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah Warkah Terakhir).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindak balas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakam sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh penghuni-penghuni yang telah menetap di istana itu sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui di sebalik misteri tinggalan istana lama ini.
Cerita ni memang best. Seram gak nenek tengok. Cuma yang tak best cerita ni mempunyai jalan cerita yang agak lambat. Cubalah tengok.

Download link:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6

Leave a Reply